Sebahagian daripada
siri berkaitan
IslamAllah •
Kitab •
Malaikat •
NabiHari Akhirat •
Qada dan QadarSyahadah •
Solat •
PuasaZakat •
HajiMakkah •
MadinahBaitulmuqaddisAidilfitri •
AidiladhaHukumAl-Quran •
Sunnah •
HadisSejarahGaris Masa Sejarah IslamKhulafa al-RasyidinKhalifah •
KhilafahTokoh IslamMuhammadAhlul Bait •
Sahabat Nabi MazhabAhli Sunah WaljamaahHanafi •
SyafieMaliki •
HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik •
Haiwan •
SeniTakwim •
Kanak-kanakDemografi •
PerayaanMasjid •
Dakwah •
Falsafah Sains •
Wanita •
PolitikLihat jugaKritikan •
IslamofobiaGlosariTaubat nasuha merupakan sejenis
taubat yang sebenar-benarnya taubat dengan janji yang ditepati tidak akan mengulangi lagi segala perbuatan yang salah atau dosa tersebut.Taubat nasuha dalam lingkup sederhana merupakan taubat dengan kesungguhan diri kepada
Allah SWT. dengan berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang sama buat kali kedua.
Ciri-ciri taubat nasuha.
1. Menyesal.
Adanya penyesalan setelah menjerumuskan diri dengan dosa dan kenistaan; adanya penyesalan setelah bercakap kotor; penyesalan ketika mata melihat kemaksiatan; penyesalan ketika menyakiti orang, adalah sikap-sikap yang menunjukkan adanya kecenderungan untuk bertaubat nasuha. Orang yang tidak menyesal, tidak termasuk taubat. Orang yang bangga dengan dosa-dosa yang pernah dilakukannya, menunjukkan bahawa dia belum sungguh-sungguh untuk bertaubat.
2. Memohon ampun kepada Allah.Memohon ampun kepada Allah boleh dilakukan dengan cara mengucapkan istigfar sebagaimana yang dilakukan oleh
Nabi Adam as dan
Nabi Yunus as di dalam
Al-Quran. Di samping itu, memohon ampun seharusnya dilakukan secara sungguh-sungguh dari hati yang paling dalam. Inilah salah satu tanda orang yang bersungguh-sungguh dalam taubatnya. Begitu pula dengan ungkapan sedih, menitiskan air mata, dan menggigilnya perasaan adalah ekspresi dari penyesalan yang mendalam.
3. Bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangiBukan sekadar tidak melakukan dosa, berfikir ke arah sana sahaja tidak boleh. Memang, kita dikurniakan kecenderungan untuk berbuat hal-hal yang negatif. Akan tetapi, bukan bererti harus dituruti. Namun, untuk dihindari, kerana itulah yang akan membuatkan kita mendapatkan ganjaran dari Allah SWT.
Ciri taubat yang diterima.
Menurut Imam Al Ghazali dalam kitab "Muqasysyafatul Qulub", ada beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang diterima, di antaranya.
1. Orang tersebut terlihat lebih bersih dan lebih terpelihara daripada perbuatan maksiat.
Hal itu terjadi kerana dia lebih dapat menahan diri. Dia seolah-olah mempunyai naluri yang memahami. Naluri hatinya ini seakan membuat dirinya terhalang daripada melakukan perbuatan dosa.
2. Orang yang taubatnya diterima, hatinya selalu lapang dan gembira.
Dia merasakannya baik dalam keadaan sendiri mahupun ramai. Hati orang ini dihibur oleh Allah sehingga jernih dan lapang.
3. Dia selalu bergaul dengan orang-orang yang soleh dan mencari lingkungan yang baik pula.
Orang yang sudah bertaubat, namun masih kembali ke lingkungan yang tidak baik bermaksud dia belum sungguh-sungguh melakukan taubat. Lain halnya jika dia kembali ke lingkungan yang sama dengan niat untuk mengubah lingkungan itu. Mencari lingkungan yang baik adalah salah satu bahagian yang akan membuatkan agama kita terpelihara.
4. Tingkat amalannya semakin meningkat.
Selain menahan diri daripada perbuatan maksiat, dia juga semakin meningkatkan kualiti solatnya, saumnya istikamah, malamnya dihidupkan dengan tahajud, dan sedekahnya terus meningkat. Inilah ciri-ciri orang yang taubatnya diterima.
5. Dia sentiasa menjaga lidahnya.
Dia juga sangat serius dalam melakukan amal-amalnya.Semakin hari, kualiti amalnya semakin terus bergerak ke arah yang lebih baik. Dia memiliki kualiti pengendalian lisan dan pikiran dengan baik. Ingatannya selalu kembali kepada Allah. Hal itu dia lakukan secara maksimal sehingga cinta dan kerinduannya kepada Allah semakin mendalam.
Sumber:
http://retni-islamagamaku.blogspot.com/2007/07/tobat-nasuha.html